Sunday 22 May 2011

PeTai..Ooo PeTai!!!

Assalamualaikum...petai oo petai..haha

Buah Petai


Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter.
Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai BAU yang kuat. 




(Favorite ShaHrul)


Walaupun petai nie berBAU tp die penuh dgn KHASIAT..Buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi,vitamin A, B1, B2 dan C. Selalu org mkn mentah jew biji petai, tp ader jgak msak bersama sambal kerang dan udang dan rase die sedappp...

p/s: don't judge a book by looking at its cover
     (jgn hina pada keburukan kerana die ada kelebihanya)


3 comments: