Monday 30 May 2011

Episod 5

   Epron melipat kertas yang dijumpainya itu ke dalam poket bajunya...Mereka pun masuk kedalam perpustakaan itu... Raraku Chen dan Wanies pergi kearah rak buku untuk mencari buku yang mereka mahu manakala Epron terus mencapai surat khabar dan duduk di sebelah Sipuan...

   "Sindikit Penyeludupan Tempoyak Tumpas", Epron membaca tajuk utama berita dari surat khabar yang di pegangnya... "Hah, biar betul Epron, jangan main-main", tanya Sipuan untuk mendapatkan kepastian.. "Betulla, tengok ni, empat rakyat Malaysia di tahan di perairan Amereka kerana didakwa sindikit peyeludupan tempoyak.. Sidikit itu dipercayai telah 2 tahun melakukan penyeludupan itu dan mereka digelar sebagai geng Berhaluan Kiri yang diketuai oleh RyRy dan BuBu....Berdozen-dozen tempoyak yang cuba diseludup masuk ke negara itu dirampas..", baca Epron dengan tekun....

   "Gila tempoyaklah, orang Amereka pun makan tempoyak da....hahahaha" gelak Sipuan dengan rakusnya..."Tue la pasal..hahahhaa", Epron turuk gelak dengan bongkaknya...."Sssyuttttt!! Slow la sikit korang nie, kan dalam library nie", tegur Raraku yang kemudiannya duduk dihadapan meja Epron....

   "Kenapa korang gelak?? Ader ape-ape benda yang best ke???", tanye Wanies... "Takde apa-apa, ko bace la surat khabar nie...", Epron menyerahkan surat khabar yang dibacanya itu kepada Wanies... Krukk...krekkk.."Bunyi ape tue Sipuan??", tanye Raraku... "Bunyi perut aku la...hehe...laparla weh...joomla pergi kafe makan....", balas Sipuan "Ok jom", balas Epron, Wanies dan Raraku serentak...........brsmbg.....


Berita Cidot

Sunday 29 May 2011

Episod 4

   "Epron....Epron....Jomla teman aku pergi perpustakaan cari buku", ajak Sipuan kawan baik Epron yang berasal dari Rompin.... " Erm..Ok let's go", balas Epron....

   Sampai di perpustakaan Epron berdiri depan pintu dan tiba-tiba seorang wanita keluar dari pintu itu dan terlanggar Epron..Habis buku-buku wanita itu terjatuh ke atas lantai... "Eh, sorry terlanggar...Saya nak cepat nie dah lambat nak ke kelas", kata wanita dengan nada ayu... "It okey bebeh!!", balas Epron dengan suara gedik yang menggoda...Wanita itu ambik buku-buku yang tersebut dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua...

   "Eh kertas apa nie, nie mesti gurl tadi punya kertas", kata Epron yang ternampak sehelai kertas di atas lantai itu... "Weh, aku masuk dalam dulu la, nak cari buku", Sipuan bingkas masuk ke dalam perpustakaan... "Resipi masak ikan patin gulai tempoyak", Epron membaca kertas yang dijumpainya itu...

   "Aku mesti cari gurl itu semula dan pulangkan kertas dia nie, tapi kat mana harus aku cari ye?? hurmm", bermonolog Epron seorang diri... "Assalamualaikum Epron, kau buat apa kat luar nie?? Jomla masuk", ajak Raraku Chen yang kebetulan nak masuk ke dalam perpustakaan bersama Wanies... Epron pun bersama-sama Raraku Chen dan Wanies masuk ke dalam perpustakaan...bersambung.....

Hiasan semata-mata

Thursday 26 May 2011

Episod 3

   "Ooiittt!! Diam... ingat nie pasar ke??", marah Hapiz atau lebih glemor dengan gelaran Abg Lok.. "Opocot aku  kawin lima tahun lagi", latah Norimah sambil melompat ke atas Jackiah.. "Weh, yang kau lompat kat aku nie nape? Harap je kurus tapi berat daripada aku", bebel Jackiah semetara itu dia angkat Norimah dan letak di atas meja secara behati-hati dan sopan sekali...

    "Soryy Jackiah, aku terkejut dengar Abg Lok jerit tibe-tibe..Cik Kim dah kuar sebab tue dia marah...Habis aku lupe balik lirik-lirik lagu Kal Ho Na Ho yang aku hafal selama 2 sem nie". kata Norimah yang kemudian berlari-lari anak ke arah langsir tingkap dan menyorok malu dan hampa.. "Oleh sebab kau dah buat salah ngan aku, aku nak promote bedak anti latah...Bedak nie akan buat ko bertambah cun bile melatah..Nie kena pakai time perlu saje tau", kata Jackiah dengan bersungguh-sungguh dan tekun sekali...

    "Pakai bile perlu tu macam mana??" tanye Norimah dengan mata memandang keatas sambil tangan dibahu dan mengenjutkan bahunya..."Ek eleh, pakai bile kau rasa nak melatahla, kalu rase nak melatah, kau benti jap pakai bedak nie baru melatah...Mesti ramai yang gelak dan terpikat dengan kau". balas Jackiah dengan senyuman sinis..

    Epron, Apek, Ciku dan rakan-rakan lain hanya senyum x perlu kata apa-apa melihat gelagat Norimah dan Jackiah... "Abg Lok, janganlah marah-marah, tarik misai tue baru tahu...hahaha" kata Khairek...Khairek adalah adik angkat Abg Lok..."Abg bkn ape dek...sedih sebab Cik Kim kuar x bagi tahu...sedih la macam nie...huwargggg!!", nangis Abg Lok dengan terkinja-kinja...."Epron....Epron.....".....bersambung....

Gambar Hiasan

Episod 3 nie agak kurang..harap enjoy jela k....cidot..cidot!!!

Tuesday 24 May 2011

Episod 2

dushh...Epron terlanggar pintu kelas....dia terkapai-kapai kepeningan..pada masa sama burung-burung berkicauan diatas kepalanya yang kebenjolan itu...


   "Eh, sorry! tidak perasan ada orang tadi, itulah saya tolak pintu ini" lembut suara Pool yang merupakan rakan sekelas Epron. Secara poyo Epron berkata "Adoiyy, sakitla ngok! Aku cedera parah nie, call Ambulan cepat!"


   Tiba-tiba Cik Kim mencelah "Oit mangkuk! Kamu dah la datang lambat, banyak tempoyak plak". "Aduss Cik, jangan disebut pasal tempoyak, favorite koi tue" balas Epron. "Dah-dah pergi ambik tempat kamu" Cik Kim menyuruh Epron dan Pool ke tempat duduk masing-masing.


   Keadaan di dalam kelas pada masa itu amat sunyi..Sunyi bukan kerana terlalu kusyuk belajar tapi sebaliknya..Ada yang main game, bersms , tidur dan sebagainya..Cik Kim sudah lali dengan perangai pelajar-pelajarnya dan membiarkan sahaja mereka bersuka ria...Dalam kelas Epron selalunya akan berangan..Dia selalu mengelamun makan gulai tempoyak ikan patin bersama Park Shin Hye (pelakon korea)..


   Proott..preeppp..tiba-tiba datang satu aroma yang mengasyikkan dan menikam dada menyelubungi hidung Epron...Lamunannya terhenti.. "Bongokla kau ni Ciku.. Kalau ia pun nak menyebarkan haruman kau tue jangan la time aku tengah date dengan awek aku..Tengok dah hilang bayang Park Shin Hye aku". "Weh, sorry la aku bukan apa, Apek ni dia pergi tekan perut aku, kau tau kan aku sensitif kalau orang pegang perut nie" kata Ciku sambil mengorek-ngorek hidung menggunakan garpu Pak Bilal...


   "Oii Ciku, kau babitkan aku kenapa hah?" kata Apek tanpa perasaan. "Weh Udu, kau marah ke nangis tue?haha" gelak Ciku."Hampeh Ciku, marah nie marah, nasib baik aku baik kalau tidak huh!" sepontan Apek balas..Tiba-tiba..."Ooittt".....bersambung....






Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

Monday 23 May 2011

Episod 1

Epron membelek jam tgnnya...Jam itu sudah mencecah angka 5.30 pg..Die masih melayan movie korea
(MyGirl).. Diluar dorm kedengaran kokokan ayam hutan dan bunyi merdu khinzir di belakang kamsis..

   "Aduss, tinggal lg 6 episod lg nie, smbg esoklah plak, mate plak terkinje-kinje nk lelap", dia lantas kemas laptop dan terus mencapai bantal peluknya lalu tidur...

   "Epron! oooo Epron!" panggil Ompin dari tingkat bawah katel double dacker itu....
    Epron seperti bermimpi apabila mendengar namanya dipanggil dan dia tersedar laungan rakan karibnya itu bukan dalam mimpi tapi suara itu adalah realiti. Epron cepat2 bangun dari tidur. Kain selimutnya jatuh. Tempat tidurnya seperti tempat kucing beranak.

   "Ah, lantaklah!"
   Jam locengnya sudah mencecah angka 7.20 pg dan melalui celah daun tingkap yang terselak langsirnya, Epron melihat sinar mentari pagi yang indah.Bergegas dia ke bilik air. Kepalanya terasa 'mia' apabila tersedar dari tidur dalam keadaan terkejut. Barulah dia teringat, pagi ini dia ada kelas C dengan Cik Kem...Tergesa-gesa dia pergi mandi..Oleh kerana nak cepat die tidak sabun dan syampu pun, bak kate mandi kerbau... 

   Kelam kabut dia memakai baju..Nasib baik pakaiannya sudah bergosok.. Kalau tidak jenuh nk mengosoknya.. Hendak mengejar masa satu hal lagi.. Hendak kejar bas memang x dptla sb bas selamba dat jew pergi meninggalkan Epron ketika dia sedang mandi tadi.. Jadi, nak x nak kena jugakla naik teksi walaupun tmbg sama harge dgn snack plate fck..

   Hampir 10 minit Epron menunggu teksi x smpai2 die mengambil keputusan untuk makan dulu di cafe..Beberapa minit kemuadian baru la teksi tiba di situ...Sampai di kampus Efron terus berlari ke bilik kuliah...Setibenya dia di depan pintu...dushh.....bersambung....ikutila smbgannyer ntie..

CoVeR CeRpEN TeMpOyAk DaRi BuLan...

Cover CeRpEN Tempoyak Dari Bulan...Cerpen ini akan mula diupdate malam ini...ia mempunyai beberapa episod...So harap enjoy membaca Cerpen yang x seberapa ini...hehe

Sunday 22 May 2011

PeTai..Ooo PeTai!!!

Assalamualaikum...petai oo petai..haha

Buah Petai


Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter.
Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai BAU yang kuat. 




(Favorite ShaHrul)


Walaupun petai nie berBAU tp die penuh dgn KHASIAT..Buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi,vitamin A, B1, B2 dan C. Selalu org mkn mentah jew biji petai, tp ader jgak msak bersama sambal kerang dan udang dan rase die sedappp...

p/s: don't judge a book by looking at its cover
     (jgn hina pada keburukan kerana die ada kelebihanya)